KEPERIBADIAN YAMTUAN ANTAH
Nama : Tunku Laksamana Antah ibni Almarhum Raja Jadin
Jawatan : Yamtuan Seri Menanti
Wilayah jajahan : Terachi , Ulu Muar , Gunung Pasir dan Jempol
FAKTOR PENENTANGAN
- Dato' Kelana membuat perjanjian dengan British
- Yamtuan Antah tiadak mengiktiraf Dato' Kelana sebagai pembesar Sungai Ujong
- Dato' Kelana mengistiharkan Terachi sebagai wilayahnya.
PERISTIWA PENENTANGAN
Yamtuan Antah menentang penempatan seorang Penolong Residen British di Sungai Ujong. Beliau khuatir British akan meluaskan kuasanya ke kawasan-kawasan di sekitar Sungai Ujong. Kapten Tatham dihantar ke Sungai Ujong untuk bertugas sebagai Penolong Residen British setelah Dato' Kelana meminta bantuan dan perlindungan British.
Pada 1875, perlantikan Yamtuan Antah sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti tidak diiktiraf oleh Dato' Kelana kerana beliau telah berkuasa sejak 1874. Yamtuan Antah turut bertindak balas dengan tidak mengiktiraf Dato' Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong. Satu pergaduhan berlaku antara Yamtuan Antah dengan Dato' Kelana. Pergaduhan ini berlaku berikutan tuntutan Dato' Kelana ke atas Terachi yang dianggap kawasan di bawah kekuasaannya. Dengan bantuan tentera British, Dato' Kelana dapat menewaskan Yamtuan Antah. Tengku Antah terpaksa berundur ke Bukit Putus. British seterusnya menawan Bukit Putus dan menguasai Kuala Jempol serta Terachi pada bulan Disember 1875.
Maharaja Abu Bakar dari Johor menasihati Yamtuan Antah supaya berdamai dengan British. Pada akhir 1876, Yamtuan Antah menandatangani satu perjanjian dengan British. Beliau diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti dan jajahan takluknya iaitu Johol, Jempol, Terachi, Ulu Muar, Inas dan Gunung Pasir.

KESAN PENENTANGAN
-Maharaja Abu Bakar dari Johor menasihati Yamtuan Antah berdamai dengan British , namun begitu , ianya tidak dipersetujui oleh Dato' Siamang Gagap .
-Yamtuan Antah berunding dengan gabenor NNS iaitu William Jervois
-Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti
-British berpeluang meluaskan pengaruh di Negeri Sembilan
UNSUR PATIROTIMA
UNSUR PATIROTIMA
- Berani
- Bertanggungjawab untuk mempertahankan wilayahnya
- Menentang British daripada mengugat kedaulatan bangsanya